Vaginal Bleeding In Prepubertal Girls-A Case Series in Malaysia

Pendarahan vagina di kalangan kanak-kanak perempuan boleh disebabkan oleh masalah kematangan dan juga kanser seterusnya mengakibatkan kanak-kanak dan ibu bapa berasa cemas. Oleh itu, kes-kes ini perlu penilaian dan pengurusan yang teliti. Kajian ini melaporkan lima kes pendarahan vagina di kalangan kanak-kanak perempuan yang melibatkan pelbagai etiologi dan telah menerima rawatan di hospital rujukan tertiari di Malaysia. Kes pertama, kanak-kanak berusia 6 tahun yang belum akil baligh mengalami pendarahan selama 3 minggu. Pemeriksaan di bawah bius mendapati pelbagai polip vagina. Seorang lagi kanak-kanak 6 tahun didapati mempunyai tisu berbentuk donut di saluran urethra dan dirawat dengan krim estrogen dan “sitz bath”. Kes seterusnya, kanak-kanak yang mempunyai pertumbuhan payudara dan ultrasound mendapati sista ovari yang memerlukan pembedahan. Selain itu, seorang kanak-kanak berusia 19 bulan mempunyai ketumbuhan besar di dalam vagina. Beliau memerlukan penyiasatan lanjutan, rujukan kepada pakar pembedahan kanak-kanak dan pakar onkologi untuk rawatan kanser “yolk sac”. Akhir sekali, seorang kanak-kanak yang berusia 8 tahun mengalami pendarahan pada setiap bulan tanpa tanda kematangan yang lain. Pendarahan vagina kanak-kanak adalah tidak normal dan memerlukan penilaian segera untuk memastikan punca dan seterusnya diberikan rawatan yang sepatutnya.  Kes-kes begini adalah sangat penting untuk memastikan tiada unsur penderaan seksual dan kanser. Pemeriksaan mengunakan bius dan vaginoskopi disyorkan sekiranya pengimejan diagnostik tidak memberikan keputusan yang muktamad. Rujukan ke pusat rawatan tertiari yang berpengalaman dalam kes-kes begini boleh memberikan hasil rawatan yang baik. Penilaian memerlukan pengambilan sejarah yang bersasar dan menyeluruh beserta dengan pemeriksaan ginekologi yang sesuai untuk golongan pediatrik supaya diagnosis dilakukan dengan tepat dan seterusnya dapat memberikan rawatan yang sewajarnya.

留言 (0)

沒有登入
gif