Mastitis granulomatus idiopatik (MGI) adalah penyakit radang. Rawatannnya yang kerap menggunakan steroid mengakibatkan penerima mengalami pengurangan daya tahan imun dan meningkatkan risiko mendapat jangkitan kuman. Steroid juga boleh menghalang tindakan imun yang mencukupi selepas vaksinasi dan menyebabkan vaksin menjadi kurang berkesan. Kajian ini adalah penyelidikan yang menilai peranan dan kesan memberi 'non steroidal anti-inflammatory drugs' (NSAIDs) untuk menunda rawatan kortikosteroid. Langkah ini adalah untuk membolehkan pesakit-pesakit melengkapkan vaksinasi dan memperolehi rangsangan imun pasca vaksinasi yang memadai untuk mendapat perlindungan yang baik dari COVID-19 sebelum memulakan rawatan steroid. Ketiga-tiga pesakit ini yang baru didapati mengalami MGI telah diberi rawatan pendahuluan yang terdiri dari NSAIDs. Kesemua pesakit tidak mengadu keadaan penyakit mereka semakin teruk dalam tempoh itu.
Comments (0)