Solvent Induced Cumulative Insult Irritant Contact Dermatitis through Glove Permeation: A Case-Report on the Chronic Occupational Skin Lesion

Seorang pekerja makmal wanita muda mengalami gejala kulit kering, gatal dan mengelupas  pada kedua-dua tangan. Sejarah pendedahan pekerjaan menyokong pendedahan yang kerap dan berpanjangan kepada pelbagai pelarut bahan kimia yang diiktiraf sebagai perengsa penyakit kulit pekerjaan. Amalan kerja yang tidak selamat dan cara penggunaan sarung tangan pelindung yang salah turut dikenalpasti. Diagnosis dermatitis kontak iritasi (ICD) disokong oleh faktor risiko dermatologi tempat kerja, ciri-ciri klinikal dan ujian patch kulit negatif yang tidak menjurus kepada tindak balas hipersensitif. Diagnosis telah disahkan dengan memenuhi kesemua Kriteria Mathias. Pengurusan penyakit kulit pekerjaan yang berkesan memerlukan kawalan pendedahan merangkumi program penjagaan tangan yang komprehensif pada peringkat individu, saringan dan pemeriksaan keadaan kulit, rujukan awal untuk penilaian kesihatan pekerjaan, program pendidikan dan latihan yang berkesan, serta penyediaan pelembap tangan oleh majikan. Sokongan return to work (RTW) dalam kalangan pekerja yang terjejas adalah penting bagi mengurangkan impak negatif terhadap prestasi kerja dan kualiti kehidupan.

留言 (0)

沒有登入
gif