Challenges in Perioperative Fluid Management and Anticoagulant Therapy in a Woman with Cardio-Pulmonary-Renal Disease Diagnosed with Preinvasive Breast Carcinoma

Seorang wanita yang telah lanjut usia dengan barah payudara prainvasif, fibrilasi atrial, fistula arteri koronari-arteri pulmonari, hipertensi pulmonari  dan nefropati diabetik Tahap 4 telah menjalani mastektomi dan biopsi sentinel nodus limfa. Mengurus keseimbangan cecair dan rawatan antikoagulan perioperatifnya adalah sesuatu yang mencabar. Menghidap barah, fibrilasi atrial dan kurang hidrasi akan meninggikan risiko hiperkoagulasi. Walau bagaimanapun, cecair yang berlebihan pula boleh mengakibatkan edema pulmonari yang akan mengurangkan lagi oksigenasinya kerana telah mempunyai hipertensi pulmonari. Pemberhentian rawatan anti-koagulan juga meninggikan risiko hiperkoagulasi. Terapi antikoagulan sebaliknya meningkatkan risiko pendarahan tempat pembedahan yang mungkin memerlukan bius am sekali lagi untuk mengenalpasti dan memberhentikan punca pendarahan dan mengeluarkan ketulan darah. Himpunan ketulan darah juga akan meningkatkan risiko jangkitan kuman, lebih-lebih lagi kerana dia menghidap kencing manis. Terapi antikoagulannya (rivoroxaban) telah diberhentikan 4 hari sebelum pembedahan. Peratus pengepaman jantungnya ialah 50%, dengan mempunyai masalah pengepaman diastolik Gred 2 dan TAPSE 0.6 cm. Skor CHA2D2-VASc beliau ialah 5. Sebelum pembedahan, kanulasi intraarterinya telah disambung ke pengesan FloTracTM dan pemantau EV1000TM. Pengurusan cecairnya telah dipantau menggunakan terapi cecair berpandu matlamat (‘goal-directed’, GD). Pembedahan berjaya dilaksanakan dan terapi antikoagulannya telah dimulakan semula 14 hari selepas pembedahan.

留言 (0)

沒有登入
gif