Development of Core Entrustable Professional Activities for Indonesian Undergraduate Medical Education: The Experience of Universitas Muhammadiyah Jakarta

Indonesia telah melaksanakan Pendidikan Berasaskan Kompetensi (Competency Based Education (CBE) sejak tahun 2006 berdasarkan kompetensi piawaian kebangsaan doktor perubatan. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan teras "Entrustable Professional Activities" (EPAs) bagi program perubatan prasiswazah di Indonesia menterjemahkan setiap penyataan kompetensi kepada aktiviti amalan klinikal di tempat kerja dalam CBE. Reka bentuk kualitatif bersifat penerokaan menggunakan teknik dua pusingan Delphi yang diubah suai telah digunakan untuk kajian ini bermula Oktober hingga November 2022. Pemilihan subjek kajian adalah terdiri daripada (i) pakar perubatan iaitu pakar perubatan dalaman, pakar bedah, pakar neurologi, pakar radiologi, pakar pendidikan perubatan dan lain lain, serta (ii) pensyarah perubatan praklinikal atau klinikal yang telah mengajar sekurang-kurangnya selama dua tahun. Seramai 15 pakar terpilih dalam kedua-dua pusingan Delphi. Berdasarkan kepada kerangka kesusasteraan, sebanyak 34 aktiviti profesional perkhidmatan perubatan individu dan 17 aktiviti profesional perubatan keluarga-komuniti/kesihatan awam telah dikenalpasti dan digunakan sebagai instrumen untuk pusingan satu Delphi. Instrumen pusingan kedua Delphi yang digunakan adalah berdasarkan keputusan pusingan pertama. Pusingan pertama Delphi menunjukkan bahawa 31 aktiviti profesional perkhidmatan perubatan individu dan semua aktiviti profesional perubatan keluarga-komuniti/kesihatan awam mencapai kata sepakat. Seorang pakar mencadangkan dua aktiviti tambahan untuk aktiviti profesional perubatan keluarga-komuniti/kesihatan awam. Pusingan kedua Delphi menyenaraikan peratusan persetujuan di kalangan pakar bagi semua aktiviti professional perubatan individu dan semua aktiviti profesional perubatan keluarga-komuniti/kesihatan awam, termasuk dua aktiviti tambahan. Selepas pusingan kedua Delphi, dua tugas aktiviti professional perubatan individu dan satu aktiviti profesional perubatan keluarga-komuniti/kesihatan awam tidak mencapai kata sepakat. Walau bagaimanapun, 94.7% aktiviti masih boleh diterima sebagai EPA Teras dalam perubatan keluarga-komuniti dan perkhidmatan kesihatan awam. Sebagai kesimpulan, sebanyak 32 dan 18 EPA teras daripada perkhidmatan perubatan individu dan perubatan komuniti keluarga/kesihatan awam telah dikenalpasti bagi program perubatan prasiswazah. EPA teras ini dijangka untuk memudahkan menterjemahkan kompetensi kepada aktiviti amalan klinikal.

留言 (0)

沒有登入
gif