Perception and Attitude of Undergraduate Medical Students and Lecturers towards the Problem-Based Learning of Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Curriculum: An Inter-University Study

Pembelajaran berasaskan masalah (PBL) merupakan pendekatan berpusatkan pelajar dengan menggunakan senario klinikal untuk mencapai objektif pembelajaran. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan persepsi dan sikap pelajar perubatan pra-siswazah dan pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Maldives National University (MNU) terhadap PBL dalam kurikulum UKM. Satu kajian keratan rentas telah dijalankan di Fakulti Perubatan UKM dan MNU dari April hingga September 2021, yang mana ia melibatkan pelajar perubatan Tahun 2 dan 3 serta pensyarah. Soal selidik dalam talian yang diuruskan sendiri digunakan untuk mengukur persepsi dan sikap terhadap PBL dalam kurikulum UKM dengan skala Likert lima mata. Soal selidik telah disahkan dengan nilai alfa Cronbach 0.907 bagi pelajar dan 0.703 untuk pensyarah. Data telah dianalisis menggunakan SPSS versi 27.0. Sejumlah 179 pelajar UKM dan 61 pelajar MNU bersama-sama dengan 67 pensyarah UKM dan 8 pensyarah MNU telah terlibat dalam kajian ini. 86.69% dan 69.87% pelajar mempunyai skor positif dalam penilaian persepsi dan sikap. Walau bagaimanapun, tiada perbezaan yang signifikan dalam skor median dan min bagi persepsi dan sikap di antara jantina, universiti, tahun pengajian, dan purata gred kumulatif (CGPA) dalam kalangan responden. Bagi pensyarah, skor positif untuk persepsi dan sikap masing-masing adalah 63.62% dan 85.83%. Skor sikap di kalangan pensyarah MNU mempunyai nilai signifikan lebih tinggi daripada pensyarah UKM. Kesimpulannya, kedua-dua pelajar dan pensyarah menunjukkan keputusan positif bagi persepsi dan sikap terhadap PBL dalam kurikulum UKM yang mampu memberi manfaat dan sumbangan dalam meningkatkan pengetahuan, pembelajaran, dan kemahiran insaniah.

留言 (0)

沒有登入
gif